Music

Cara selesaikan masalah hutang ,muflis,harta di lelong,black list, senarai hitam,ccris, ctos dengan lebih bijak!


Ini post saya yang pertama untuk bulan September. Dah hampir 2 minggu lebih beraya so saya raya kita kena tengok perbelanjaan kita balik.
Saya tak bekerja makan gaji, jadi lain la sikit (sedihnya rumah di masuki pencuri dan plan semua hancur sebab 2 barang utama bisnes saya  iaitu laptop dan kamera turut di kebas).
Rasanya ramai yang bekerja di pejabat atau mana-manalah asalkan bekerja yang dapat gaji awal pada bulan Ogos ( time nak raya ). So mesti ramai yang pening kepala lepas raya sebab duit dah banyak keluar. Biasalah selagi tak raya, tangan tu gatal aje nak beli tu ini. Kena pulak diskaun sana-sini.Ada jugak yang terpaksa sambung puasa sebulan lagi lepas tu sebab duit gaji untuk perbelanjaan bulan September dah habis.

Perbelanjaan yang berkhemah adalah lebih baik. Saya tak la kisah sangat pasal raya ni sebab mood saya awal-awal dah hilang bila rumah kena pecah masuk. Cuma memang saya tak kisah kalau baju ada sepasang je pun! Anak saya  pun saya ingatkan supaya simpan duit kalau nak jejak kaki ke london ke, paris ke…biar bersemangat sikit diaorang ni.
Berbalik pada soal perbelanjaan ni, kita tak dapat lari dari meminjam sebab kita ( saya la ) bukan orang kaya. Kalau kaya semua beli cash, tak payah buat hutang dengan bank. Masalahnya bila buat loan dengan bank, namanya aje pinjaman islamik tapi oepration wise masih berkonsep sekular ..ribalah apa lagi. Tak percaya cuba tengok agreement dengan bank, pinjamRM 10,000 bayar balik mesti lebih punya. Kalau islamik, pinjam RM10,000 bayar balik pun RM10,000 lah ! Betul tak?
Rasanya tak ada satu pun perjanjian dengan bank tu yang benar-benar islamik sebab kadang-kadang pegawai bank yang kita berurusan pun bukan beragama islam. Saya tak la pandai tapi rasanya ia belum betul-betul mengikuti syariat. Bila jadi macam tu, nak tak nak sain jugaklah agreement tu.
Biasalah kadang-kadang kita tersalah urus wang ( saya sendiri pun ) atau memang keadaan sangat mendesak menyebabkan budget kita lari dan kita mula di himpit dengan masalah hutang. Cuma jangan la cari along sebab nanti lagi parah !
Carilah jalan penyelesaian walaupun kepala dah buntu. Meminjam lagi boleh kalau nama belum black list tapi dari terus meminjam rasanya masih ada jalan lain iaitu menggunakan khidmat rundingan orang tengah atau mereka yang lebih arif dengan terma dan syarat-syarat bank.
Menggunakan khidmat orang tengah lebih berbaloi sebab jumlah yang besar boleh di kurangkan . Caj peguam yang cekik darah masih boleh di ketepikan begitu juga jika diri sudah muflis atau di senarai hitam. Malah rumah atau hartanah yang dah nak di lelong masih boleh di selamatkan asalkan kita sanggup beri peluang pada diri kita untuk gunakan khidmat mereka yang lebih arif.
Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kebanyakan yang saya dapati bila browse lawam web, ruangan forum dan blog ramai yanga tersepit tetapi amat susah nak jumpa khidmat mengeluarkan nama dari black list atau senarai hitam dari ccris, ctos malah lebih teruk muflis ! Menggunakan khidmat mereka, rundingan akan di jalankan dengan pihak pemberi pinjaman dengan cara yang lebih teratur dan juga kreativiti rang tengah tadi.
Kena bayar ke? Manalah ada syarikat yang boleh hidup jika tiada sebarang fees dikenakan kecuali pihak AKPK sebab AKPK adalah agensi di bawah seliaan atau kawalan bank Negara. Beri mereka review atau teliti kes anda dulu untuk menilai tahap kekritikalan kes anda.
Jalan penyelesaian akan di cari malah ada cara yang kita tak tau tapi rupanya boleh selesaikan masalah kita. Bukanlah anda terus kena bayar kerana setelah anda bersetuju dengan cara yang akan mereka selesaikan anda pasti rasa lega! Takkan anda nak biarkan masalah hutang tu berterusan sebab lambat laun anda boleh jadi pemarah, murung malah boleh jadi gila!
Saya berkata begini kerana saya kenal dengan seseorang yang pakar dan mahir cara menyelesaikan masalah hutang tertunggak, ccris, ctos, muflis, kereta di tarik, harta bakal di lelong. Lama juga saya berbual dengan beliau kerana pengalaman beliau menjadi muflis dan menyelesaikan sendiri sehingga bebas muflis dan hutang tanpa bantuan peguam sangatlah menarik untuk di kongsi. Allah beri kita akal dan kita gunakan sebaiknya. Itulah yang di katakan kepada saya ketika berbual dan memang saya rasa sesiapa yang ada masalah seperti ni elok berjumpa dengan beliau. Atau boleh juga menghubungi saya jika perlukan sebarang maklumat mana yang terdaya saya tolong.
Jadi, apa lagi.Jalan penyelesaian sudah anda tak mahukan anda bertindak? Bayangkan tiada lagi panggilan talipon, surat-surat atau notis dan urusan kewangan anda lebih baik selepas ini. Itu yang nak kita semua nak bukan? Fikirkan lah!
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment