Music

Bagaimana Hendak Memastikan Solat Kita Sempurna ?


Seperti yang kita tahu amalan yang pertama yang akan Dihisab diakhirat ialahSOLAT..Walaupun kita solat 5 waktu cukup sehari semalam adakah kita pasti ia sempurna atau tidak?

Kenapa begitu pula?

Sebab selalunya bila time solatlah kita teringatkan itu dan ini termasuklahh saya.Itu bermakna kita tak khusyuk rite?Jadi ini sudah pasti akan ada pahala solat kita yang berkurangan..

Bagaimana nak menampung kekurangan tersebut?

Kita menampung kekurangan solat fardu tersebut dengan SOLAT RAWATIBiaitu solat sunat yang dilakukan sebelum atau selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung sebarang kekurangan
ketika solat fardu.

Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnyaZohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah)dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhurdan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)


NIAT SOLAT SUNAT RAWATIB=)

Aku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Aku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua raka’at,
kerana Allah Ta’ala.
RUJUKAN: SINI dan SINI..

Dulu kat hostel selalu laa buat yang ni..Bila dah duk rumahh dah makin berkurangan..Tapi insyaAllah akan aku cuba untuk istiqamahkan=)

Kita pasti nak yang terbaik kat akhirat kan?Jadi kita mestilah buat yang
terbaikk juga kat dunia ni=)

sumber farhanahadzlan06
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment