Jika sebelum ini saya ada menyentuh mengenai sepasang kekasih yang bercumbuan di depan khalayak ramai, kali ini apa kata kita sentuh pula mengenai awek lesbian di Malaysia. Agak-agak anda, berapa banyak awek lesbian Malaysia yang bakal tercampak ke neraka?
Lebih pedih lagi apabila awek bertudung ayu, comel yang sudah pastinya beragama Islam. Tetapi batinnya, seorang lesbian. Suka-suka atau memang suka, saya sendiri tidak tahu. Apa yang pasti, berfikir atau berkhayal sahaja mengenai sesuatu perkara buruk sahaja boleh dianggap berdosa.
Hari ini saya ada terjah sebuah group di Facebook, mudah dan ringkas sahaja tajuk group. Terpampang, Lesbian Malaysia Group. Sudah mencecah 1852 ahli dan dijangka bertambah lagi gamaknya.
Memang agak terkejut jugalah bila terjumpa group ini, lesbian dah satu hal. Bab Malaysia pula, buat malu negara sahaja. Macam mana Malaysia boleh dikatakan sebuah negara Islam jika adanya group awek lesbian malaysia di Facebook? Adakah mereka ini tergolong dalam generasi yang diambang kehancuran?
Agak-agak anda, apakah reaksi anda bila lihat ada awek lesbian di dalam group tersebut siap bertudung lagi? Gambar lucah usah cakaplah, yang lebih seronok lagi. Ada pula mamat-mamat bajet macho tunjuk diri dalam group tersebut.
0 comments:
Post a Comment