Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains, Ahmad HusainiMustafa berkata, pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
"Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan 'nikah batin' iaitu menikahkandirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.
"Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atasmangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumahitu diserbu Jheains," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.
Ahmad Husaini berkata, dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.
"Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa," katanya.
Beliau berkata, beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.
Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.
Ahmad Husaini berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment