OSCAR memang menggemari kain lembut sebagai alas tidur
SOUTHAMPTON - Sepasang suami isteri di England, Peter dan Birgitt Weismantel menghubungi polis selepas mendapati kucing mereka, Oscar sebagai punca banyak seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah jiran hilang selama ini.
Pemilik mamalia berusia 12 tahun itu berkata, mereka terkejut menemui sejumlah 70 helai seluar dalam pelbagai saiz selain stoking dan sarung tangan kebun di rumah pasangan tersebut yang dilapor hilang oleh jiran-jiran beberapa minggu lalu.
"Ia mungkin teruja melihat kain fabrik itu dan kemudian dijadikan pula sebagai alas tempat tidurnya," kata Peter, 72, yang memelihara kucing jinak tersebut selepas dijual menerusi satu lelongan amal haiwan pada Krismas tahun lepas. - Agensi
* Sumber
0 comments:
Post a Comment