Music

iPhone 5 Dilancarkan September 2012

iPhone 5 Dilancarkan 12 September 2012
Posted on September 13, 2012
@Sentuhan Kasih Ramadhan


harga iPhone 5 di malaysia price

iPhone 5 Di Malaysia | iPhone 5 didatangi dengan skrin bersaiz 4 inci retina display dan mempunyai sistem sokongan terhadap 4G LTE. Malaysia bagaimanapun masih belum ada LTE (tahun 2013 pelancaran 4G LTE di Malaysia), tetapi masih boleh menggunakan 3G atau HSDPA+. iPhone 5 mempunyai kelebihan wireless dan browsing internet dengan pantas berbanding iPhone sebelum ini. Jika dibandingkan dengan iPhone 4s vs iPhone 5, iPhone 5 adalah lebih nipis dan ringan. Antara specifikasi iPhone 5 di Malaysia :




Sistem Operasi iOS 6
Kamera 8MP, autofocus, LED Flash
Memori 16/32/64 GB
RAM 1GB
GPS, Wi-Fi, Bluetooth
Berat 112 gram
Browser HTML Safari

Semasa pelancaran, iPhone 5 dikatakan mempunyai bateri yang boleh standby sehingga 225 jam, talk time 8 jam dan 8jam untuk melayari internet. Kelebihan iPhone 5 ialah menggunakan A6 chipset yang dikatakan mempunyai performance dua kali ganda kelajuan processor dan graphic. Apple juga memperkenalkan connector baru dikenali sebagai lighting yang mengandungi 8 pin. iPhone 5 mempunyai 3 pilihan memori iaitu 16 GB, 32 GB dan 64 GB. Walaubagaimanapun, tiada slot untuk memory card disediakan untuk iPhone 5 kali ini.

iPhone 5 akan mula dijual di USA, UK, Australia, Japan, Canada, France, Germany, Hong Kong dan juga Singapore pada 21 September 2012. 22 negara lagi akan menyusul pada 28 September 2012. Tarikh pelancaran di pasaran Malaysia dan harga iPhone 5 di Malaysia masih belum ada maklumat lagi setakat ini. Kalau tak sabar untuk memiliki iphone 5 peminat di Malaysia boleh pergi ke Singapura pada 21 September ini.



sumber lewis
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment