Music

Azhar Idrus tolak menjadi calon



KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.


“Beliau merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak.
“Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN
Share on Google Plus

About Halim

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment