Berikut merupakan 10 Tip Pengurusan Kewangan Untuk Pelajar Universiti. Sekarang, pelajar universiti seperti kehilangan arah apabila hendak menguruskan wang mereka. Akibatnya wang banyak di gunakan untuk perkara yang merugikan berbanding perkara yang perlu. Terimalah hakikat bahawa anda sebenarnya masih belajar dan tidak ada income untuk anda bersukaria, yang ada hanya wang untuk survive di dalam univerisiti itu sendiri.
Untuk membantu golongan pelajar ini menguruskan wang, artikel ini menyediakan 10 tip pengurusan kewangan untuk pelajar universiti.
Tip pertama : Sentiasa catat duit keluar masuk.
Catatkan aliran keluar wang anda pada setiap hari. Dengan ini, anda akan sentiasa peka dengan keadaan wang semasa anda. Lihat sama ada perbelanjaan yang anda keluarkan itu adalah perlu atau tidak. Jika tidak, anda kurangkan perbuatan terebut.
Tip kedua : Rancang belanjawan anda sendiri.
Dengan wang sedia ada, anda rancang belanjawan anda sendiri. Utamakan pembayaran yuran, akademik, makanan dan tempat tinggal. Jangan gunakan wang untuk keseronokan melainkan ia memang adalah wang lebih.
Tip ketiga : Simpan resit bagi setiap pembelian.
Simpan resit bagi setiap pembelian. Dengan ini, anda ada rekod bagi setiap pembelian. Setiap bulan, trace kembali di mana wang anda di gunakan.
Tip keempat : simpan wang yang tidak di gunakan.
Jika tidak ada keperluan untuk menggunakan wang, simpan sahaja kerana dunia pelajar penuh dengan kejutan. Kadangkala ada sahaja perkara yang perlu di bayar seperti yuran persatuan dan sebagainya. Untuk keselamatan, anda simpan sahaja wang tidak di gunakan dan hanya berbelanja apabila semester sudah tamat.
Tip kelima : Elakkan hutang
Jangan berhutang untuk apa tujuan sekalipun. Berhutang bermakna anda akan berbelanja lebih kemampuan anda. Berhutang akan jadi beban apabila pemberi utang mula menagih hutang dari anda.
Tip keenam : Beli semua keperluan akademik mendahului perkara lain.
Di sebabkan anda sedang belajar, segala urusan akademik perlu di dahulukan. Pada minggu pertama semester, anda selesaikan semua keperluan akademik dan simpan sedikit wang jika ada perbelanjaan mengejut.
Tip ketujuh : Elakkan dari mengikut kawan – kawan yang ada duit yang banyak.
Jika anda tiada duit, jangan ikut kawan anda yang banyak duit atau mereka yang boros. Takut – takut nanti anda turut terikut boros berbelanja.
Tip kelapan : Sertai aktiviti kampus.
Untuk menguruskan wang, anda perlu ada disiplin yang kuat. Untuk mengajar anda erti disiplin, anda boleh sertai aktiviti kampus dan terlibat dengan aktif dalam persatuan , kelab dan sebagainya.
Tip kesembilan : Beli barangan yang anda rasa anda akan guna sahaja?
Jika anda tidak gunakan barang tersebut seperti barang perhiasan, jangan beli. Perbuatan anda ini hanya akan membazir wang anda sahaja.
Tip kesepuluh: Amalkan hidup sihat.
Berhenti merokok dan makan makanan yang tidak sihat. Jaga kesihatan dengan bersenam supaya anda tidak akan sakit dan wang untuk kesihatan dapat di kurangkan.
Artikel 10 Tip Pengurusan Kewangan Untuk Pelajar Universiti ini adalah sumbangan dari Cikgu Azros dari blog http:// pakarkewangan .blogspot .com /
0 comments:
Post a Comment