Sekarang ini kerajaan melalui Kemnterian Kesihatan Malaysia sudah pun menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok hanya bermula pada paras harga RM7 sejak 1 September 2012 dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket selepas mereka menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Dan ini hasilnya….
Harga Rokok Naik 2012 : Apa Matlamat Kerajaan Dengan Dasar Terbaru Ini?
- mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah
- membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Apa yang kita boleh lihat di sini setiap kali kerajaan mahu bercerita mengenai usaha mereka membendung gejala merokok yang berlebihan dalam masyarakat negara ini, caranya….hanyalah naik, naik dan menaikkan lagi harga rokok di Malaysia. Selesai masalah? Inilah antara alasan yang acapkali digunakan bagi mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Terus terang kami katakan, kami tidak pernah merasakan yang sebenarnya kerajaan ikhlas dalam usaha membendung gejala merokok di Malaysia.
Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana walaupun alasan untuk mengurangkan bilangan perokok digunakan apabila kerajaan mahu menaikkan harga rokok di Malaysia, tetapi hakikat yang perlu diterima sebenarnya faedahnya masih banyak berbalik kepada kerajaan dengan mengenakan cukai tinggi dalam industri ini. Dan kami sama sekali tidak menafikan jikalau mahu mengenaikan cukai kepada perokok, silakan tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini.
- Adakah dengan menaikkan cukai bakal mengurangkan bilangan perokok di Malaysia? Benarkah?
- Adakah selama ini cukai kereta dinaikkan sangat tinggi di Malaysia disebabkan mahu mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia menggunapakai perkhidmatan awam ke tempat kerja contohnya? Tetapi hakikatnya apa yang berlaku sekarang ini?
Mengenakan cukai tinggi bukanlah penyelesaian yang terbaik. Apa yang kami perhatikan trend ini dah berulangkali terjadi. Walaupun ada yang mengatakan mahu berhenti merokok disebabkan harga naik, berapa ramai yang berjaya? 1 bulan? 2 bulan? Atau……..??
Hakikatnya hari ini walaupun harga naik tinggi mana sekalipun, akan muncul akhirnya perokok lain. Manakala perokok tegar pula akan mencari jalan alternatif lain untuk mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan termasuklah mendapatkan rokok seludup. Akhirnya permasalahan ini tidak ada kesudahannya. Pimai Pimai Tang Tu juga. Dan langkah kerajaan mengawal bilangan perokok di Malaysia sangat tidak tepat….
Harga Rokok Naik 2012 : Tidak Tepat!! Kenapa?
- Sebabnya mudah sahaja. Hari ini bekalan rokok boleh dapat dengan mudah. Perokok boleh dapatkan di mana sahaja. Kalau anda nak beli susu anak? Kena pergi ke farmasi, pasaraya besar. Rokok semua orang jual. Di atas rak, di dalam laci mereka. Persoalannya apa yang kerajaan boleh lakukan dalam membendung gejala ini? Cadangan kami adalah dnegan cara menghadkan penjualan rokok pada tempat-tempat tertentu sahaja. Mengapa tidak? Mustahil? Jikalau arak boleh dilaksanakan undang-undang ini, rokok pun boleh.
- Menghadkan penjualan 20 batang minimum membuatkan kalangan perokok yang ada di sini ketawa terbahak-bahak. Mengapa? Sebenarnya ada 2 perkara atau masalah sahaja yang membuatkan perokok akan menjadi takut adan cemas.Pertama, bekalan rokok habis ditangan mereka.Kedua, rokok ada tetapi lighter pula hilang. Datang pula idea pelaksanaan kerajaan meletekkan had penjualan dinaikkan kepada 20 batang rokok sekali beli. Apa akan jadi kepada perokok ini? Bekalan mereka sentiasa cukup untuk sehari contohnya. Sedangkan kalau dilihatkan tabiat perokok ini mudah sahaja, selagi rokok ada ditangan mereka selagi itulah mereka akan terus menghisap rokok.
- Selama ini kerajaan merasakan dengan menghadkan iklan-iklan rokok di kaca televisyen dan media-media massa yang lain, kempen mengurangkan bilangan perokok telah berjaya. Benarkah? Cuba turun dan perhatikan di tempat kalangan ramai perokok melepak. Contohnya di kedai makan dan juga kedai runcit. Almari yang paling besar dan paling cantik itulah adalah rak jualan rokok. Siap ada poster, ada gambar koboi, ada gambar gunung dan slogan yang membuatkan rasa cool merokok. Cadangan kami buatkan akta supaya display-display seperti itu dihapuskan. Berani?
Jikalau kita menjenguk apa yang kerajaan negara lain telah lakukan sekarang ini termasuklah kerajaan Australia di mana mereka baru sahaja meluluskan akta yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan tidak menarik perhatian langsung kepada bakal pembeli rokok.
Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, menyukarkan langkah pemasaran jenama rokok dapat dilakukan dan ketika ini sedang dibantah keras.
Tetapi sebenarnya itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita Malaysia. Persoalannya sekarang ini adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat-syarikat pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain?
Itu adalah sesuatu yang kami rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada perminataan syarikat-syarikat ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai. Apa pandangan perokok dn pembaca Berita Semasa semua? Ada cadangan daripada anda?
0 comments:
Post a Comment