Pages

Pages

Pages - Menu

Sunday, September 16, 2012

Fakta!!? - Mengenai Legoland Malaysia




Malaysia akan menambah lagi satu tarikan kepada pelancong iaitu Taman Tema LegoLand Malaysia bertempat di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor.


Berikut adalah fakta menarik tentang taman tema Legoland, Malaysia tersebut;
Taman tema tersebut akan diberi nama Legoland Malaysia
Akan menjadi taman tema berkonsep Lego yang pertama di Asia dan taman tema antarabangsa pertama di Malaysia

Lokasi di Nusajaya, Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia
Dimiliki dan dibangunkan oleh Merlin Entertainments
Akan dibuka pada penghujung 2012 dan beroperasi sepanjang tahun
Meliputi kawasan seluas 70 ekar (280,000 meter persegi)
Terdapat 40 permainan interaktif, persembahan and tarikan termasuk Main Theme Park, 4D Theater, Kids Driving School, Legoland Hotel, Lifestyle Mall dan macam-macam lagi.
Ia akan menjadi pusat tumpuan kepada kompleks bersepadu seluas 5,500,000 kaki persegi (510,000 meter persegi) di kawasan Industri Nusa Cemerlang, antara rantau ekonomi Iskandar Malaysia, yang terdiri daripada pusat gaya hidup runcit, pejabat, hotel, pangsapuri, perkhidmatan dan unit-unit kediaman.

Legoland Malaysia mensasarkan 1.5 juta pelawat semasa pembukaannya nanti.
Harga tiket Legoland Malaysia: RM140 (US$44) seorang dewasa dan RM110 (US$35) seorang kanak-kanak (+ rebat RM30 untuk pemegang Mykad) atau Pas masuk tahunan
Pas masuk Pra-pembukaan (sah untuk 12 bulan)
Dewasa: RM195
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM150
Pas masuk tahunan biasa (sah untuk 12 bulan)
Dewasa: RM275
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM210

No comments:

Post a Comment